Mengenai BUMIJEZ SDN BHD

Bumijez Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada Julai 2009 merupakan syarikat pengurusan jenazah dan pusaka terbesar negara.

Menerusi produk perkhidmatan, Darul Jenazah, syarikat ini telah bertapak sebagai peneraju bagi pengurusan jenazah tanpa tunai yang sistematik dan berlandaskan prinsip syariah. Menerusi rangkaian lebih 1,000 orang pengurus jenazah, liputan operasi Bumijez merangkumi seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dengan respon pertama dilakukan dalam tempoh 2 jam pertama selepas menerima panggilan waris untuk Pengurusan Jenazah Lengkap. Perkhidmatan kami turut disertakan dengan pemberian wang khairat bagi meringankan beban waris.

Produk-produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bumijez adalah bersifat keahlian dan ahli perlu mendaftar serta melanggan secara berkala. Manfaat-manfaat tambahan turut diberikan kepada para ahli khususnya Darul Jenazah yang memberi manfaat akibat kemalangan maut dan keilatan.

Menjadi matlamat utama Bumijez untuk mengurangkan beban waris dalam aspek pengurusan jenazah pada hari kematian dan membantu untuk menyegerakan proses tuntutan harta pusaka. Kami berharap dapat memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pengurusan berlandaskan prinsip syariah serta mendapat keredaan Allah SWT dalam urusan yang dilaksanakan.



Pakej-Pakej Darul Jenazah

Pakej kami serendah RM80 setahun individu - RM200 setahun untuk keluarga.

Kenapa?

Perkhidmatan Pengurusan Jenazah 24 Jam berlandaskan prinsip Syariah mengikut sunnah yang bersistematik dan bersepadu..

Hadis riwayat Bukhari

Rasulullah SAW bersabda: "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

HOTLINE 24 JAM - 1800886887

  • Alamat kami di
  • Hubungi kami di dan whatsapp


Hubungi kami