Bumijez memperkenalkan produk perkhidmatan Darul Pusaka sebagai punca kewangan bagi membantu waris menyegerakan urusan tuntutan harta pusaka. Perkhidmatan yang berlandaskan prinsip syariah ini dapat memberikan bantu mula sehingga RM35,000 untuk membolehkan waris menjelaskan kos-kos pentadbiran dan pengurusan harta pusaka. Secara tidak langsung, perkhidmatan berbentuk keahlian ini juga berhasrat membantu masyarakat Islam menyelesaikan permasalahan harta pusaka yang tidak dapat dituntut dan tertangguh lama sehingga tidak terurus.
Manfaat Keahlian Darul Pusaka
1) Bantu mula kos pengurusan harta pusaka – Bumijez membantu waris membayar kos-kos pentadbiran yang meliputi :
2) Khidmat konsultansi – Wakil Bumijez membantu memberi penerangan mengenai proses perundangan tuntutan harta pusaka untuk membantu waris memulakan serta menyegerakan tuntutan selain membantu pengiraan Faraid mengikut kepada Hukum Syarak.